1. Malaysia
Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang. 14 jalur merah dan putih mempunyai makna 13 negeri di Malaysia dan 1 Wilayah Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam iaitu agama rasmi bagi Persekutuan.Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
2. Indonesia
Dikatakan bahawa bendera merah putih ini pernah dipakai sebagai lambang kebesaran. Kerajaan Majapahit, Kerajaan Kediri, dan orang-orang Batak pun memakai bendera merah putih ini sebagai lambang kebesaran mereka. Namun pada amnya, bendera merah putih Indonesia mempunyai makna falsafah iaitu warna merah sebagai keberanian dan warna putih sebagai kesucian.
3. Brunei Darussalam
Bendera ini terdiri daripada lambang negara di bahagian tengah dengan latarbelakang warna kuning dan pepenjuru hitam, putih dan panji-panji berwarna merah di bidang bendera. Lambang negara terdiri daripada bulan sabit (lambang Islam), dicantum dengan payung obor-obor (lambang kerajaan di bawah seorang raja). Di bawah payung adalah sayap yang melambangkan keadilan, kedamaian, kemakmuran dan keamanan. Di sebelah kiri dan kanan terdapat sepasang tangan yang menadah. Di bulan sabit terdapat kekata dalam tulisan Jawi, "Sentiasa berbuat kebajikan dengan petunjuk Allah" dan di bawah bulan sabit, kekata "Negara Brunei Darussalam" juga dalam tulisan Jawi.
4. Singapura
Warna merah bermakna persaudaraan dan kesaksamaan segala manusia. Putih melambangkan kesucian dan kebaikan. Bulan sabit melambangkan sebuah negara muda yang sedang maju. Bintang yang lima melambangkan lima prinsip yang dipegang oleh Singapura: demokrasi, keamanan, kemajuan, keadilan dan kesaksamaan.
5. Thailand
Bendera negara Thai menunjukkan lima jalur yang mendatar dalam warna merah, putih, biru, putih dan merah. Saiz jalur biru yang ada di tengah adalah dua kali lebih besar dari jalur-jalur yang lain. Warna merah-putih-biru melambangkan "negara-agama-raja", cogankata tidak rasmi negara Thai. Bendera ini menjadi rasmi pada 28 September 1917. Nama Thai untuk bendera ini adalah Thong Trairong (ธงไตรรงค์), yanng bermakna, bendera tiga warna.
6. Kemboja
Rekabentuk bendera ini telah wujud sejak 1850 dan tidak berubah hingga sekarang. Ia terdiri daripada jalur biru di atas dan bawah dan jalur merah di tengah yang diisi dengan gambar Angkor Wat. Bendera berbidang merah dengan gambar Angkor Wat di tengah digunakan semasa pemerintahan Khmer Rouge.
7. Vietnam
Bintang kuning di tengah melambangkan kepimpinan Parti Komunis Vietnam di negara itu. Pecahan di bintang melambangkan para pekerja, petani, tentera, cendekiawan dan belia. Warna merah melambangkan kejayaan dan revolusi.
8. Filipina
Bendera ini dipasang dengan warna biru di atas pada masa damai, dan warna merah di atas pada masa perang.
9. Laos
Warna merah melambangkan darah mereka yang terkorban untuk kemerdekaan Laos dan biru melambangkan kekayaan sumber alam. Cakera putih melambangkan bulan yang mengembang di atas Sungai Mekong dan juga kerukunan negara di bawah pemerintahan kerajaan komunis.
10. Myanmar
Bendera Myanmar terdiri daripada tiga jalur melintang kuning, hijau dan merah dengan bintang bermata tiga putih di tengah-tengah. Tiga warna jalur itu melambangkan perpaduan, keamanan dan kedamaian, dan keberanian dan ketegasan.